[VIDEO] Polis buka kertas siasatan kes gaduh dua lelaki

Polis membuka kertas siasatan berkaitan kes pergaduhan dua lelaki.
Polis membuka kertas siasatan berkaitan kes pergaduhan dua lelaki.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis membuka kertas siasatan berkaitan kes pergaduhan dua lelaki di tepi Jalan Gasing di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Fakhrudin menasihatkan orang ramai agar sentiasa bertoleransi sesama sendiri agar tidak berlakunya sebarang pergaduhan yang boleh mengakibatkan diri dihadapkan ke muka pengadilan.

Pada Selasa, media melaporkan, kedua-dua individu tersebut telah tampil membuat laporan polis pada jam 6.31 petang Isnin.

Mohamad Fakhrudin memaklumkan, pihaknya terkesan satu video berdurasi tiga minit 31 saat yang tular di media sosial.

Dalam video tersebut, salah seorang lelaki didakwa mencetuskan provokasi dan menggunakan perkataan kesat, sebelum berlaku pergelutan antara mereka.