Ismail Sabri hadir sambutan Aidilfitri KPT

Ismail Sabri bergambar bersama pelajar pengajian tinggi semasa majlis Sambutan Aidilfitri Warga KPT pada Selasa. - Foto Bernama
Ismail Sabri bergambar bersama pelajar pengajian tinggi semasa majlis Sambutan Aidilfitri Warga KPT pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri bersama warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini.

Ismail Sabri yang tiba pada jam 12.50 tengah hari, disambut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Antara tetamu yang hadir ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira 30 minit di majlis yang dihadiri 5,000 tetamu terdiri daripada warga KPT, pelajar institut pengajian tinggi, ahli-ahli lembaga pengarah universiti, naib-naib canselor, wakil-wakil industri serta para pemimpin tempatan. - Bernama



Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!