Tiga kes disyaki bukan cacar monyet

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A
A
PUTRAJAYA - Di saat negara jiran, Thailand mengesahkan kes pertama cacar monyet, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan tiada kes serupa dilaporkan di negara ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan yang dijalankan makmal untuk terhadap tiga kes disyaki mendapati dua daripadanya adalah cacar air (chickenpox) manakala bakinya penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

"Kemas kini mengenai cacar monyet, tiga kes yang disyaki didapati adalah cacar air (dua kes) dan HFMD," ciapnya di Twitter.

Thailand merekodkan kes pertama cacar monyet pada Selasa apabila seorang penumpang dalam perjalanan dari Eropah yang transit di lapangan terbang antarabangsa di Bangkok selama kira-kira dua jam ke Australia, dikesan bergejala.

Individu tersebut mempunyai lepuh di muka dan badan serta mempunyai sejarah hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti dalam tempoh 21 hari lalu dan mengembara dari negara di mana terdapat jangkitan penyakit cacar monyet.