JPJ kutip RM5.9 juta lelong kenderaan sita

M Janagarajan (dua dari kanan) melihat kenderaan sita yang dilelong pada Majlis Lelongan Awam pada Isnin.
M Janagarajan (dua dari kanan) melihat kenderaan sita yang dilelong pada Majlis Lelongan Awam pada Isnin.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip sebanyak RM5.9 juta hasil lelongan awam membabitkan 636 kenderaan sita di beberapa negeri pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Pengurusan), M. Janagarajan berkata, kenderaan disita atas pelbagai kesalahan.

"Proses lelongan sangat telus dan memuaskan hati semua pihak terutama pembida mengikut tatacara yang ditetapkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Lelongan Awam Bil 1/2022 di JPJ Terengganu, di sini pada Isnin.

Turut hadir Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yassin.

Menurut M Janagarajan, pada majlis lelongan pertama Terengganu bagi tahun 2022 itu, sebanyak 80 kenderaan berjaya dilelong dengan kutipan berjumlah RM1.24 juta.

Beliau berkata, seramai 137 pembida menyertai lelongan tersebut dengan penjualan buku dibuat bermula 23 hingga 29 Mei lalu.

"Bidaan tertinggi ialah RM44,000 melibatkan kereta jenis Honda Integra Type S manakala paling rendah adalah motosikal Nitro NU110 dan Nitro NX5 Impala bernilai RM50," katanya.