Sila log masuk terlebih dahulu.

Ahli PKR sepakat tolak strategi ‘khemah besar’

A
A
A

BERITA SEMASA 30 MEI 2022

Keputusan pemilihan PKR kali ini adalah bukti anggota parti itu telah menolak strategi ‘khemah besar’.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, mereka mengharapkan PKR memperkukuh gabungan sedia ada dalam Pakatan Harapan.

Jelasnya, kalangan ahli mahu parti menolak kepentingan politik jalan pintas, kerjasama dengan kuasa yang berulang kali menolak pembaharuan, keadilan sosial serta semangat berbilang kaum dan mengkhianati mandat rakyat.

Tambah Nik Nazmi, ahli PKR mahu mendengar penyelesaian kepada pelbagai krisis yang dihadapi rakyat, melibatkan masalah bekalan makanan, ancaman berterusan Covid-19, infrastruktur yang rapuh, perubahan iklim yang mengancam nyawa, masalah sumber pencarian, kekurangan pekerjaan, gaji, isu perumahan, sistem pendidikan dan pelbagai isu lain.

Baca artikel penuh DI SINI

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR