Bagnaia unggul di Litar Mugello

Bagnaia - Foto Reuters
Bagnaia - Foto Reuters
A
A
A

PELUMBA Ducati, Francesco Bagnaia mempamerkan aksi bertenaga bagi mengatasi penyandang juara dunia Yamaha, Fabio Quartararo dari Perancis ketika memenangi Moto Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello.

Perlumba berusia 24 tahun kelahiran Turin itu yang memulakan perlumbaan di petak kelima bagaimana tercicir ke kedudukan kesembilan sebelum bangkit untuk memenangi perlumbaan.

Tempat kedua menjadi milik Quartararo dari Perancis manakala pelumba Aprilia Racing, Aleix Espargaro ketiga.

Kemenangan di laman sendiri itu membolehkan Bagnaia meraih kedudukan keempat senarai pelumba keseluruhan dengan 41 mata-81 mata di belakang pendahulu Quartararo.

“Sejujurnya saya berasa sesuatu yang amat luar biasa selepas perlumbaan sengit ini.

"Ya, selayaknya saya dan pasukan meraih kemenangan selepas berusaha keras sepanjang minggu untuk mencipta kemenangan penting ini.

"Biarpun bukanlah satu permulaan terbaik, namun saya gembira memenangi perlumbaan di hadapan para penyokong di laman sendiri, ia benar-benar sesuatu yang hebat," kata Bagnaia yang menjadi pelumba Ducati Itali ketiga yang memenangi perlumbaan di Mugello.