Speedy Tigers bangkit ikat India

Antara aksi Speedy Tigers menentang India dalam saingan Super 4 Piala Asia 2022 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta pada Ahad.
Antara aksi Speedy Tigers menentang India dalam saingan Super 4 Piala Asia 2022 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta pada Ahad.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] THE Speedy Tigers masih tercari-cari rentak kemenangan pertama pada saingan Super 4 Piala Asia 2022 apabila sekadar melakar keputusan seri 3-3 ketika berdepan India di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta pada Ahad.

Skuad kendalian Arul Selvaraj yang melakar keputusan seri 2-2 ketika berdepan Korea Selatan terlebih dulu mendahului India 2-0 hasil pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abd Rahim pada minit 12 dan 21.

India yang tersentak dengan jaringan itu kembali memperkemaskan permainan berjaya menggegarkan jaring skuad negara menerusi jaringan pukulan sudut penalti Vishnukant Singh (32') sebelum gol padang Sowmarpet Vitalacharya Sunil (53') mengikat kedudukan kedua-dua pasukan.

India yang ternyata bersemangat sekali lagi mengasak bahagian pertahanan negara akhirnya memimpin perlawanan menerusi pukulan sudut penalti Nilam Sanjeep Xess (55').

Ketika India seolah-olah mahu melakar kemenangan pertama, Razie tampil dengan hatrik pada minit ke-56 pukulan sudut penalti sekali gus menyamakan kedudukan 3-3.

Keputusan itu menyaksikan The Speedy Tigers mengumpul dua mata selepas mengharungi dua perlawanan peringkat empat terbaik tersebut dan akan berdepan Jepun pada Khamis.