Enam sekeluarga terselamat dalam kebakaran

Anggota bomba mengawal kebakaran rumah teres dua tingkat di Jalan Kabung Taman Gembira pada Ahad.
Anggota bomba mengawal kebakaran rumah teres dua tingkat di Jalan Kabung Taman Gembira pada Ahad.
A
A
A

KLANG - Enam sekeluarga terselamat dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Kabung Taman Gembira di sini pada awal pagi Ahad.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kesemua mangsa berusia 19 hingga 56 tahun itu bertindak menyelamatkan diri sebaik menyedari rumah mereka terbakar.

Menurutnya, laporan kejadian diterima pada jam 1.01 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja dibantu BBP Andalas ke lokasi kejadian.

"Jentera bomba tiba di lokasi kejadian pada 1.09 pagi dan api berjaya dikawal dalam tempoh lapan minit kemudian.

"Kejadian menyebabkan 50 peratus rumah berkeluasan 1,200 kaki persegi itu terbakar termasuk sebuah Proton Waja milik mangsa yang tidak sempat dialihkan, " katanya.

Katanya, tiada mangsa cedera dalam kejadian itu dan punca kejadian masih disiasat.

Artikel Berkaitan: