X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

11 bayi baharu lahir terkorban hospital terbakar

Jentera bomba berada di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh, Tivaouane yang terbakar pada Rabu. - Foto PMC TV
A
A

DAKAR - Seramai 11 bayi yang baharu lahir meninggal dunia dalam kebakaran sebuah hospital di bandar Tivaouane, Senegal, menurut ciapan Presiden negara itu, Macky Sall di Twitter pada Rabu.

"Kepada ibu dan keluarga mereka, saya merakamkan rasa simpati yang mendalam," ciap Sall pada lewat malan seperti dilaporkan AFP.

Beliau tidak memberikan butiran lanjut tentang kebakaran itu yang berlaku pada Rabu.

Sall dilaporkan berada di Angola dalam satu lawatan negara.

Tragedi itu berlaku di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di hab pengangkutan Tivaouane dan berpunca daripada litar pintas, menurut seorang ahli politik Senegal, Diop Sy.

Kebakaran merebak dengan cepat, katanya.

Menteri kesihatan Senegal, Abdoulaye Diouf Sarr yang berada di Geneva untuk Perhimpunan Kesihatan Sedunia berkata, beliau akan segera kembali ke Senegal.

Datuk Bandar itu, Demba Diop berkata, tiga bayi telah diselamatkan.

Menurut media tempatan, Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh baru sahaja dirasmikan.

Kejadian serupa pernah berlaku di bandar utara Linguere pada akhir April lalu apabila kebakaran berlaku di sebuah hospital dan empat bayi yang baharu lahir terkorban.

Datuk bandar bandar itu telah menyatakan kerosakan elektrik pada unit penghawa dingin di wad bersalin sebagai punca kebakaran. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!