Cacar monyet: Perketat kemasukan pelancong dari negara terjejas

SHAH ALAM - Kerajaan perlu memperketatkan kemasukan pelancong asing sebagai langkah mencegah penularan penyakit cacar monyet di negara ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan perlu mengambil iktibar daripada kegagalan membendung wabak Covid-19 walaupun telah disarankan supaya memperketatkan kemasukan pelancong daripada negara terjejas wabak itu.
“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengesyorkan sekatan perjalanan dengan mana-mana negara yang disenaraikan setakat ini, tetapi saringan ketat di semua pintu masuk antarabangsa sedikit sebanyak akan membantu.
“Begitu juga berhubung mekanisme memantau individu dari negara terlibat yang telah memasuki Malaysia (agar) benar-benar bebas penyakit cacar monyet walaupun lepas saringan.