Smart Selangor buka talian kecemasan bantu mangsa banjir

Smart Selangor di laman Twitternya pada Rabu berkongsikan tujuh talian boleh dihubungi jika berdepan kecemasan akibat banjir.
Smart Selangor di laman Twitternya pada Rabu berkongsikan tujuh talian boleh dihubungi jika berdepan kecemasan akibat banjir.
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk Selangor khususnya yang berdepan kecemasan akibat banjir dan memerlukan bantuan segera boleh menghubungi Pusat Operasi C5I Smart Selangor.

Smart Selangor di laman Twitternya pada Rabu berkongsikan tujuh talian boleh dihubungi selain pautan Twitter untuk laporan dan aduan bagi membolehkan tindakan lanjut segera diambil.

Keperluan bantuan segera itu boleh dilaporkan antaranya ditalian 0356500501, 0356500502 dan 0356500503 yang beroperasi 24 jam sehari serta menerusi aplikasi WhatsApp ditalian 0108887364.

Antara pautan Twitter dikongsikan Smart Selangor pula ialah milik Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Pada Rabu, hujan lebat berterusan sejak pagi menyebabkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara ditakungi air antaranya membabitkan Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Jalan Ipoh.

Selain itu, turut dilaporkan terkesan ialah Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh ke Jalan Rahmat, Jalan Sultan Ismail ke Ampang dan Jalan Kampar off Jalan Sentul.

Lokasi lain ialah di Bulatan Dato, Kampung Periuk, Jalan Duta Mas, Jalan Ampang dan Jalan Dang Wangi sementara di Selangor antara yang terkesan dilaporkan di Sekinchan dan Puchong.