Polis kenal pasti pelajar terlibat pergaduhan tular di Facebook

Tular video berdurasi 21 saat kelihatan sekurang-kurangnya 10 pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah bergaduh.
Tular video berdurasi 21 saat kelihatan sekurang-kurangnya 10 pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah bergaduh.
A
A
A

SANDAKAN - Polis sedang mengenal pasti mereka yang terlibat dalam pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar sekolah di sini dipercayai berlaku petang tadi yang tular di laman Facebook pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di Jalan Elopura di sini kira-kira jam 2 petang.

"Punca pergaduhan serta mereka yang terlibat sedang dikenal pasti oleh pihak polis. Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini malam Selasa.

Abdul Fuad berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat kes itu Inspektor Micheal Goh menerusi talian 016-8741216 atau 089-203223.

Dalam video berdurasi 21 saat itu, kelihatan sekurang-kurangnya 10 pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah bergaduh dan turut kelihatan beberapa lelaki dewasa cuba meleraikan pergaduhan. - Bernama