Jaga-jaga suhu sehingga 37 darjah Celcius

Terdapat tiga kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap Satu (berjaga-jaga) iaitu di Batang Padang, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur. Gambar hiasan 123RF.
Terdapat tiga kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap Satu (berjaga-jaga) iaitu di Batang Padang, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur. Gambar hiasan 123RF.
A
A
A

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyatakan tiga kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap Satu iaitu berjaga-jaga di mana suhu maksimum harian adalah 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

METMalaysia menerusi kemas kini status cuaca panas sehingga jam 4.25 petang berkata, tiga kawasan tersebut ialah di Batang Padang, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

“Terdapat tiga kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap Satu (berjaga-jaga) iaitu di Batang Padang, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

Tambahnya, semua kawasan di Sabah dan Sarawak juga dalam pemantauan.