X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Sanusi enggan ulas siapa 'tokong'

Muhammad Sanusi (duduk, tengah) bergambar bersama tenaga kerja dan rakan strategik Kismec selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri dan merasmikan penutupan mesyuarat agung tahunan Kismec pada Isnin.
A
A

KULIM - Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor enggan mengulas lanjut mengenai individu yang digelar sebagai 'tokong' dalam bola sepak negara.

Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kedah itu tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung kenyataan bidas yang dikeluarkan Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim agar mendedahkan nama individu terbabit kerana khuatir dilabel sebagai 'derhaka'.

"No komen! Nanti depa kata saya lawan raja pula, baru ini tak ada hujah depa update (tulis) kata lawan raja, derhaka...Ini bola sepak, derhaka apa? Jadilah (cukup)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri dan merasmikan penutupan mesyuarat agung tahunan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darul Aman (Kismec) Kulim, Kedah di sini pada Isnin.

Menerusi satu ciapan pada akaun Twitter milik TMJ, baginda meminta Menteri Besar Kedah itu menjelaskan segala-galanya dakwaan yang dimaksudkan dengan menyertakan bukti dan fakta.

Muhammad Sanusi sebelum ini mendakwa terdapat individu tertentu yang mengawal Liga Malaysia, namun tidak mendedahkan nama individu berkenaan.

Beliau berkata 'tokong' dalam arena bola sepak negara tidak boleh wujud sekiranya semua pasukan mahu berentap secara adil.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!