Pengorbanan bomba contoh terbaik kepada Keluarga Malaysia

Ismail Sabri (tengah) melancarkan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan dan DKPN 2021-2030 di Kepala Batas pada Ahad.
Ismail Sabri (tengah) melancarkan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan dan DKPN 2021-2030 di Kepala Batas pada Ahad.
A
A
A

KEPALA BATAS - Pengorbanan dan sifat altruisme iaitu mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada diri sendiri yang ditunjukkan oleh kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah contoh terbaik kepada Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pandemik Covid-19, anggota bomba merupakan salah satu Frontliners Keluarga Malaysia.

Menurutnya, JBPM merupakan antara organisasi kecemasan terawal digerakkan untuk menangani penularan wabak Covid-19, antaranya bantuan kemanusiaan dan bencana, pemindahan mangsa, disinfeksi bangunan serta membantu pengurusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19.

"Tugas anggota penyelamat amat berisiko dan berbahaya namun dengan perkembangan era teknologi, Keluarga Malaysia sudah mula memahami magnitud cabaran yang lebih kompleks dan rumit yang dihadapi oleh anggota bomba.

"Ketika banjir buruk pada penghujung tahun lalu, saya membuat pemantauan di kawasan terjejas teruk seperti di Selangor dan Kelantan dan melihat sendiri komitmen dan dedikasi pasukan bomba dalam menjamin keselamatan Keluarga Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan pelancaran Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan dan Dasar Kebombaan dan Penyelamat Negara (DKPN 2021-2030) di sini pada Ahad.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Katanya lagi, tugas anggota penyelamat amat berisiko dan berbahaya namun dengan perkembangan era teknologi, Keluarga Malaysia sudah mula memahami magnitud cabaran yang lebih kompleks dan rumit yang dihadapi oleh anggota bomba.