Leipzig juara Piala Jerman

Leipzig dinobatkan sebagai juara Puala Jerman selepas menewaskan Frieburg 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Olimpik Berlin pada Sabtu.
Leipzig dinobatkan sebagai juara Puala Jerman selepas menewaskan Frieburg 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Olimpik Berlin pada Sabtu.
A
A
A

KELAB Jerman, RB Leipzig meraih trofi utama pertama mereka selepas menewaskan Freiburg 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti untuk memenangi perlawanan akhir Piala Jerman.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpik Berlin, Freiburg terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui pemain tengahnya, Michael Eggstein pada minit ke-19 sebelum Leipzig yang bermain dengan 10 pemain berjaya bangkit mengikat kedudukan melalui Christopher Nkunku pda minit ke-76.

“Ia bukan satu tugas mudah untuk menang dengan 10 pemain. Ia memerlukan mentaliti yang kuat dan saya amat berbangga kerana kami berjaya melakukannya.

“Kami rasa sangat lega kerana akhirnya berjaya mendapat gelaran pertama untuk pasukan," kata pemain tengah Leipzig Emil Forsberg.

Untuk rekod, kejayaan tersebut merupakan gelaran major pertama dimenangi Leipzig, sejak ditubuhkan pada 2009 yang ditaja oleh syarikat minuman tenaga Red Bull.

Pasukan itu berjaya melonjak ke kelompok elit bola sepak Jerman dengan empat kenaikan liga dalam tempoh tujuh tahun dan kali pertama beraksi di pentas Bundesliga pada musim 2016-17.

Sepanjang beraksi dalam saingan Bundesliga, Leipzig pernah muncul sebagai naib juara sebanyak dua kali di belakang Bayern Munich.