X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Bomba selamatkan warga emas pengsan ketika 'hiking'

Anggota bomba berjaya menyelamatkan warga emas yang dilaporkan pengsan ketika 'hiking' di Bukit Apek, Cheras Awana pada Sabtu.
A
A

CHERAS - Seorang warga emas yang dilaporkan pengsan ketika menjalankan aktiviti kembara denai atau 'hiking' di Bukit Apek, Cheras Awana di sini pada Sabtu berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus panggilan kecemasan diterima pada jam 9.53 pagi.

"Komander operasi telah menghubungi mangsa dan mendapati mangsa berada di check point 3 Bukit Apek.

"Pihak bomba diketuai Ketua Balai Pandan Indah bergerak ke lokasi mangsa menggunakan denai 'hiking' untuk ke lokasi mangsa dengan jarak dianggarkan sejauh 1.2 kilometer (km).

"Pada jam 11.20 pihak bomba berjaya sampai di lokasi kedudukan mangsa dan mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berumur 71 tahun berada dalam keadaan sedar namun keletihan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan penyelamat memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum warga emas itu dibawa turun pada jam 12.20 tengah hari dan diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!