Pelajar UMK terima dana RM375,000 daripada SME Corp

Profesor Dr Razli (dua, kanan) menyampaikan cenderahati kepada Zaki (tiga dari kiri) sempena program Sesi Meet & Greet Bagi Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)@IPT di Dewan Eksperimental, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada Khamis.
Profesor Dr Razli (dua, kanan) menyampaikan cenderahati kepada Zaki (tiga dari kiri) sempena program Sesi Meet & Greet Bagi Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)@IPT di Dewan Eksperimental, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 25 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima geran berjumlah RM375,00 bagi menjayakan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE@IPT) SME Corporation Malaysia (SME Corp).

Program TUBE@IPT itu diselaraskan oleh Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) serta Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) dengan kerjasama dari SME Corp Malaysia.

Pengarah ISME, Dr Dzulkifli Mukhtar berkata, TUBE@IPT adalah kesinambungan daripada program Tunas Usahawan Belia Bumiputera yang dilancarkan pada 2014 dengan peruntukan permulaan berjumlah RM10 juta.

Beliau berkata, program TUBE@IPT memberi fokus kepada pembangunan keusahawanan dalam kalangan siswa dan siswi yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang berkenaan.

"Pihak ISME UMKEI percaya program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan," katanya sempena program Sesi Meet & Greet Bagi Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)@IPT di Dewan Eksperimental, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada Khamis.

Program tersebut diadakan bagi mengumpul kesemua TUBERs, mentor, mentor bersekutu dan wakil SME Corp untuk sesi penilaian bersama bagi melihat prestasi bakal protoge jutawan pada masa hadapan.

Hadir sama Naib Canselor UMK, Profesor Dr Razli Che Razak serta Ketua Eksekutif (Pelaksanaan dan Pembangunan) SME Corp Malaysia, Zaki Moh.

Menurutnya, program itu secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.

Beliau berkata, antara universiti lain terlibat dalam program TUBE@IPT adalah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), International Islamic University Malaysia (UIA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Katanya, projek rintis ini akan melatih 160 graduan Bumiputera untuk mereka memulakan perniagaan dan dipantau selama 12 bulan.

"TUBE@IPT ini terbahagi kepada tiga fasa utama iaitu melibatkan latihan Boot Camp, Bengkel Asas Perniagaan danOperasi Perniagaan yang dipantau oleh sistem Buddy atau pementoran.

"Dari segi sektor perniagaan TUBEr, daripada 12 peserta UMK terlibat dalam sektor makanan dan minuman, ada TUBEr yang terlibat dalam sektor perkhidmatan iaitu enam orang, pembuatan dan penternakan masing-masing dua orang manakala pertanian, perikanan dan perkhidmatan makanan masing-masing seorang," katanya.