X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Pendaki hanyut: Kaki, badan disyaki milik individu sama

Pasukan penyelamat melakukan pencarian di kawasan alur air di Gunung Suku, Simpang Pulai. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A

IPOH - Pakar forensik mengesyaki bahagian kaki dan badan yang ditemui pasukan penyelamat dalam operasi mencari dan menyelamat dua wanita hilang di Gunung Suku, Simpang Pulai Ahad lalu merupakan indvidu sama.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kedua-dua keluarga telah diambil pada Selasa untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan identiti.

"Pakar Forensik mengesyaki kedua-dua kaki dan badan yang dijumpai merupakan sebahagian daripada badan mangsa yang sama.

"Di samping itu, pihak forensik hospital berkenaan berjaya menimbulkan cap jari pada separuh badan yang dijumpai itu," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Media melaporkan pasukan penyelamat menemui anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita berkenaan.

Bahagian kaki kiri itu ditemui kira-kira jam 5.05 petang pada Ahad manakala separuh badan manusia dijumpai dalam timbunan tanah kira-kira jam 10.20 pagi Isnin.

Terbaharu, dua cebisan anggota badan dipercayai milik manusia ditemukan dalam operasi yang disertai 63 anggota daripada pelbagai pasukan dan agensi.

Dua wanita dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46, dilaporkan dihanyutkan kepala air ketika mendaki bersama 27 pendaki lain di kawasan Gunung Suku.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!