Petani Venezuela berumur 112 tahun jadi lelaki paling tua di dunia

Gambar fail menunjukkan petani Venezuela, Juan Vicente Perez. - Foto Guinness World Records
Gambar fail menunjukkan petani Venezuela, Juan Vicente Perez. - Foto Guinness World Records
A
A
A

CARACAS - Seorang petani di Venezuela, Juan Vicente Perez diiktiraf secara rasmi sebagai lelaki paling tua yang masih hidup, menurut Guinness World Records, pada Selasa.

Perez yang berusia 112 tahun mendapat pengiktirafan itu berikutan kematian seorang warga Sepanyol iaitu pemegang gelaran lelaki paling tua sebelum ini.

Walaupun umurnya sudah lebih 100 tahun, lelaki tersebut mempunyai kesihatan dan ingatan luar biasa dan dia masih ingat zaman kanak-kanaknya, perkahwinan, nama adik-beradiknya, anak dan cucunya, kata Guinness.

Dia dilahirkan pada 27 Mei 1909 di negeri Tachira barat yang mana pada usia lima tahun, Perez sudah membantu ibu bapanya menuai tebu dan kopi.

"Dia suka dikelilingi oleh keluarga dan rakan semasa mereka bercerita dan terlibat dalam perbualan yang baik."

Perez dilahirkan pada 27 Mei 1909 di negeri Tachira barat, di mana pada usia lima tahun dia sudah membantu ibu bapanya menuai tebu dan kopi.

Ketika dewasa, dia bekerja sebagai syerif yang menyelesaikan pertikaian tanah di bandar tempat dia tinggal.

Perez telah berkahwin selama 60 tahun sehingga isterinya, Ediofina del Rosario Garcia meninggal dunia pada tahun 1997.

Dia mempunyai 11 anak, 41 cucu, 18 cicit dan 12 piut.

Perez memberitahu Guinness bahawa antara rahsianya untuk panjang umur ialah bekerja keras, berehat pada hari cuti dan tidur awal.

Lelaki tertua sebelum ini yang masih hidup ialah Saturnino de la Fuente Garcia dari Sepanyol yang meninggal dunia pada Januari lalu ketika umurnya 112 tahun.

Manusia tertua yang masih hidup ialah wanita Perancis, Lucile Randon yang dilahirkan pada 11 Februari 1904 dan berusia 118 tahun. - Agensi