X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Sindiket seludup diesel tumpas

Anggota Batalion 5 PGA menunjukkan lori tangki yang disyaki terbabit dengan penyeludupan diesel bersubsidi di Jalan Sungai Tiram pada Selasa. - Foto PGA
A
A

JOHOR BAHRU - Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan satu sindiket penyeludupan diesel bersubsidi di Jalan Sungai Tiram susulan penahanan seorang lelaki tempatan, pada Selasa.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Dimin Awang berkata, pihaknya merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

"Kira-kira jam 4.30 pagi, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Batalion 5 PGA telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 56 tahun di Jalan Batu 18, Jalan Sungai Tiram.

"Polis membuat rampasan sebuah lori tangki yang berisi 30,000 liter diesel bersubsidi. Hasil pemeriksaan ke atas suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor untuk tindakan Ianjut.

"Menerusi tangkapan dan rampasan ini, satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak (diesel) bersubsidi di sekitar Johor Bahru berjaya diputuskan.

"Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!