Peluang Arsenal beraksi di pentas UCL semakin tertutup

Pemain-pemain Newcatsle meraikan kejayaan mereka menewaskan Arsenal di St James Park awal pagi Selasa.
Pemain-pemain Newcatsle meraikan kejayaan mereka menewaskan Arsenal di St James Park awal pagi Selasa.
A
A
A

PELUANG Arsenal untuk meraih slot ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim hadapan semakin tertutup apabila tewas 0-2 kepada Newcastle United di St James Park awal pagi Selasa.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta nyata kecewa dengan keputusan yang diraih pasukannya sambil memberitahu anak buah Eddie Howe layak untuk memenangi perlawanan tersebut kerana beraksi lebih baik berbanding The Gunners.

"Newcastle bermain 10 kali ganda lebih baik daripada kami.

Persembahan yang kami tampilkan sangat jauh daripada apa yang sepatutnya dipersembahkan sekiranya mahu beraksi di UCL.

"Dengan keputusan ini, sukar untuk lihat Arsenal kembali dalam perlumbaan untuk meraih slot ke pentas elit Eropah itu," katanya.

Pada perlawanan tersebut, dua gol yang diraih Newcastle menerusi jaringan sendiri pertahanan The Gunners Ben White dan Bruno Guimaraes menyaksikan Arsenal kini jatuh ke tangga kekelima liga selepas mengutip 66 mata daripada 37 perlawanan.

Keputusan itu sekali gus turut menyaksikan Spurs kini hanya memerlukan seri berdepan pasukan sudah tersingkir, Norwich pada Ahad untuk mengesahkan kedudukan empat teratas ditambah perbezaan gol yang lebih memihak mereka.

Artikel Berkaitan: