Sindiket jual beli minyak sawit keladak tidak sah digempur

Penguat kuasa MPOB merampas minyak sawit keladak atau minyak masak terpakai yang melanggar syarat permit yang ditetapkan di Sungai Buloh pada Khamis.
Penguat kuasa MPOB merampas minyak sawit keladak atau minyak masak terpakai yang melanggar syarat permit yang ditetapkan di Sungai Buloh pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket menjual dan membeli minyak sawit keladak atau minyak masak terpakai yang melanggar syarat permit ditetapkan di Sungai Buloh pada Khamis.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, pihaknya bersama Bahagian Penguat kuasa, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menahan suspek berusia 34 dalam serbuan tersebut.

"Sejumlah 300 tan minyak sawit keladak atau minyak masak terpakai yang dibeli daripada pengusaha restoran kedai makan sekitar Lembah Klang telah dirampas, keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1.5 juta," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hazani berkata, suspek telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh bagi membantu siasatan mengikut Peraturan 5 (1) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.

"Penguatkuasaan, kawalan serta pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan dengan MPOB melalui operasi bersama," ujarnya.