X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Polis Ampang Jaya serbu premis lombong bitcoin

Mohamad Farouk
A
A

AMPANG - Polis menyerbu lima buah premis di sebuah kondominium di sini kerana dipercayai menjalankan kegiatan 'perlombongan' mata wang digital bitcoin secara haram, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas 89 unit melombong bitcoin.

"Kami turut merampas tiga set komputer, sembilan unit modem, router, 38 unit penapis udara dan pelbagai wayar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Jumaat.

Mohamad Farouk berkata, serbuan tersebut dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Hasil pemeriksaan mendapati kelima-lima premis tersebut tiada penghuni dan beroperasi menggunakan sambungan elektrik secara haram. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan 427 Kanun Keseksaan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!