Pengadil punca Arsenal tewas kepada Tottenham: Arteta

Kane (kiri) meraikan jaringannya ketika membantu pasukannya menewaskan Arsenal di Stadium Tottenham awal pagi Jumaat.
Kane (kiri) meraikan jaringannya ketika membantu pasukannya menewaskan Arsenal di Stadium Tottenham awal pagi Jumaat.
A
A
A

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta menyalahkan pengadil sebagai punca pasukannya tewas 0-3 di tangan Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham awal pagi Jumaat.

Bagaimanapun pengendali kelahiran Sepanyol itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut memandangkan dia berkemungkinan akan digantung selama enam bulan sekiranya mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan perlawanan itu.

"Jika saya katakan apa yang bermain di fikiran saya ketika ini, mungkin saya boleh digantung selama enam bulan.

"Bagaimanapun saya fikir anda semua boleh baca bahasa badan dengan jelas.

Saya benar-benar tidak berpuas hati (keputusan pengadil).

Bagaimanapun saya bangga dengan persembahan yang mereka tampilkan.

"Justeru saya mahu pengadil tampil di hadapan kamera dan menjelaskan keputusannya.

Sungguh memalukan kerana permainan yang begitu indah musnah hari ini," katanya.

Pada perlawanan derbi London itu, penyerang Spurs, Harry Kane berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-22 dan 37 diikuti jaringan pemain dari Korea Selatan, Son Heung-min di minit ke-47.

Kekalahan anak buah Arteta itu menyaksikan misi The Gunners untuk berada di kelompok empat terbaik sejak 2016 sekaligus memberi jaminan slot Liga Juara-Juara musim depan masih belum selamat.