Perak sumbang RM1,000 kepada keluarga pelajar USAS maut nahas

Lima mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu ialah Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.
Lima mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu ialah Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.
A
A
A

KUALA KANGSAR- Kerajaan Perak memberi sumbangan RM1,000 kepada setiap keluarga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua treler di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini tengah malam tadi.

Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Datuk Sham Mat Sahat berkata sumbangan itu bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut.

"Saya mewakili Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan sumbangan peribadi kepada lima keluarga mangsa nahas itu hari ini," katanya yang ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri turut merakamkan takziah kepada keluarga terbabit dan menanggung segala perbelanjaan termasuk penginapan mereka di Lanai Casuarina di sini sehingga urusan berkaitan selesai.

Lima mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu ialah Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20. - Bernama