Perak FC lakar kemenangan kedua

Pemain Perak FC (kanan), cuba menyekat pergerakan pemain skuad FAM-MSN, malam tadi pada aksi Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. - Foto FB FAM
Pemain Perak FC (kanan), cuba menyekat pergerakan pemain skuad FAM-MSN, malam tadi pada aksi Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. - Foto FB FAM
A
A
A

PERAK FC melakar kemenangan kedua pada saingan Liga Premier 2022 apabila menewaskan skuad Projek FAM-MSN 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Gol kemenangan Perak FC dijaringkan oleh kapten, Muhammad Firdaus Saiyyadi pada minit ke-63.

Kemenangan itu bagaimanapun tetap menyaksikan skuad The Bos Gaurus berada pada kedudukan tercorot Liga Premier hasil daripada pemotongan sembilan mata yang dikenakan pihak FIB Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), sebelum ini.

Bagaimanapun, kemenangan malam tadi menyaksikan skuad kendalian Yusri Che Lah itu berjaya memadamkan defisit pemotongan enam mata hasil kemenangan 2-1 ke atas Selangor FC II, 9 April lalu.