Syafiq, Gabriel raih emas, perak di Hanoi 2021

Muhammad Syafiq beraksi dalam acara akhir 3m papan anjal lelaki pada Sukan SEA Hanoi 2021 di Pusat Akuatik My Dinh pada Rabu. - Foto Bernama
Muhammad Syafiq beraksi dalam acara akhir 3m papan anjal lelaki pada Sukan SEA Hanoi 2021 di Pusat Akuatik My Dinh pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

ATLET terjun negara, Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim menguasai dua tempat teratas untuk Malaysia dalam acara 3 meter (m) papan anjal lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Pusat Akuatik My Dinh, pada Rabu.

Muhammad Syafiq, 27, merangkul pingat emas dengan markah keseluruhan 381.35 mata selepas enam terjunan, gelaran juara sulungnya dalam acara individu selepas memenangi pingat emas dalam acara 3m papan anjal seirama campuran bersama Jasmine Lai dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Sementara itu, Gabriel memperoleh perak dengan 375.30 mata sementara wakil Thailand Chawanwat Juntaphadawon membawa pulang gangsa dengan 340.35 mata - Bernama