Kemuka borang nyata cukai sebelum 15 Mei ini: LHDN

Tangkap layar kenyataan LHDN pada Rabu.
Tangkap layar kenyataan LHDN pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan perlu segera mengemukakan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 (TT 2021) melalui e-Filing selewat-lewatnya pada 15 Mei ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan pada Rabu berkata, ia bagi mengelakkan sebarang penalti lewat kemuka Borang Nyata Cukai dikenakan kepada mereka.

“Sebagai panduan berkenaan pengemukaan borang nyata cukai ini, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2022 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf (bahasa Melayu) dan https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_2.pdf (bahasa Inggeris),” katanya.

Untuk makluman, sehingga 30 April 2022, lebih 2.58 juta Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 telah diterima daripada kategori pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan.

Menurutnya, daripada angka tersebut, sekitar 2.48 juta atau lebih 96 peratus Borang Nyata Cukai diterima melalui kaedah e-Filing manakala selebihnya secara manual atau borang kertas.

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dikemukakan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.,” jelasnya.