[VIDEO] 'Adam Adli tak jawab soalan mengenai khemah besar'

Calon Ketua AMK, Fahmi Zainol pada program ‘Debat Ketua AMK’ yang disiarkan secara langsung di Astro Awani pada Selasa.
Calon Ketua AMK, Fahmi Zainol pada program ‘Debat Ketua AMK’ yang disiarkan secara langsung di Astro Awani pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim didakwa tidak menjawab soalan yang dibangkitkan mengenai idea khemah besar yang dicetuskan oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan oleh seorang lagi calon Ketua AMK, Fahmi Zainol semasa program ‘Debat Ketua AMK’ yang disiarkan secara langsung di Astro Awani pada Selasa.

Fahmi yang merupakan bekas aktivis mahasiswa berkata, persoalan yang dibangkitkan olehnya kepada Adam mengenai khemah besar merupakan perkara penting.

“Saya lihat Adam tidak menjawab soalan saya. Mungkin selepas ini di kedai kopi boleh bercerita pendirian beliau tentang khemah besar,” katanya.

Fahmi terdahulu dalam pusingan kedua debat bertanyakan kepada Adam tentang pendiriannya mengenai konsep khemah besar.

Mengulas lanjut, Fahmi turut mempersoalkan adakah Adam mahu membenarkan rakan-rakan PH di tiga buat negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan berkongsi kuasa bersama parti luar daripada gabungan itu.

“Adakah Adam memahami perasaan bagaimana kerajaan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Susah payah kita mempertahankan kerajaan yang tidak ada khemah besar,” jelasnya.

Fahmi juga beranggapan bahawa Adam setuju kepada konsep khemah besar yang membenarkan tiga negeri tersebut bekerjasama dengan parti-parti lain.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Fahmi menyelar kenyataan Adam semasa debat tentang pengalamannya bersama masyarakat di luar sangat penting.

“Saya menganggap bahawa hujah tersebut telah merendahkan kawan-kawan AMK yang mana telah menyertainya lebih awal.

“Adakah kami yang memasuki parti ini tidak bersama rakyat sedangkan kami 24 jam mengabdikan diri bersama rakyat,” tegasnya.