Anak Marcos menang Presiden Filipina

Ferdinand Marcos Jr - Foto AFP
Ferdinand Marcos Jr - Foto AFP
A
A
A
MANILA - Bekas Gabenor Ilocos Norte, Ferdinand Marcos Jr mendapat kemenangan menakjubkan dalam Pilihan Raya Presiden Filipina pada Isnin lalu.

Beliau yang merupakan anak kepada bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos Sr mendapat majoriti kukuh sejak revolusi yang berlaku pada tahun 1986.

Revolusi yang menyaksikan kebangkitan rakyat itu telah menyebabkan mendiang bapanya melarikan diri ke Hawaii, Amerika Syarikat (AS).

Menurut Reuters, satu pengiraan tidak rasmi menunjukkan Marcos Jr, 64 yang lebih dikenali sebagai Bongbong, telah melepasi 27.5 juta undi yang diperlukan untuk mendapatkan majoriti.

Kemenangan itu menyebabkan kembalinya pemerintahan keluarga Marcos memimpin Filipina selepas Marcos hidup dalam buangan di Hawaii.

Beliau akan menggantikan Rudrigo Duterte sebagai Presiden Filipina pada Jun depan untuk memerintah selama enam tahun.

Duterte tidak bertanding pada pilihan raya itu kerana undang-undang negara tersebut menetapkan Presiden bertanding untuk satu penggal sahaja. - Agensi