Pemandu Myvi samseng dicari polis

Tular video di media sosial Facebook memaparkan sebuah Perodua Myvi membuat provokasi dan halangan terhadap pemandu kenderaan lain pada Sabtu.
Tular video di media sosial Facebook memaparkan sebuah Perodua Myvi membuat provokasi dan halangan terhadap pemandu kenderaan lain pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gara-gara bertindak samseng di jalan raya, pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi dikesan polis selepas aksinya melakukan halangan terhadap kenderaan lain tular di media sosial pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan pemandu Perodua Myvi itu selepas dipercayai membuat provokasi dan halangan terhadap pemandu kenderaan lain.

"Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur telah mengambil tindakan mengesan pemilik dan pemandu kenderaan yang terlibat.

"Selain itu, polis turut meminta agar mangsa dan saksi kejadian untuk tampil ke Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian diharap tampil membantu siasatan

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Inspektor M Vigneswara di talian 017-4336110.

"Selain itu, saksi kejadian diharap segera menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03- 20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran," katanya.

Pada Sabtu, tular video di media sosial Facebook memaparkan sebuah Perodua Myvi membuat provokasi dan halangan terhadap pemandu kenderaan lain.

Kejadian menerusi video berdurasi 27 saat itu mendapat kecaman netizen dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu berkenaan.