Polis cari lelaki Bangladesh

Lelaki warganegara Bangladesh dicari bagi membantu siasatan kes bunuh di Siatiawan.
Lelaki warganegara Bangladesh dicari bagi membantu siasatan kes bunuh di Siatiawan.
A
A
A

LUMUT - Polis sedang mengesan seorang lelaki warganegara Bangladesh bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegaranya pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek berusia 26 tahun itu dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Sebarang maklumat berkenaan dengan orang yang dikehendaki ini boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ashazarul Khairi Ab Hamid di talian 012-5077026.

"Maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Media melaporkan seorang lelaki warga Bangladesh maut dibunuh rakan senegara dalam pergaduhan di ruang lapang pada bahagian atas bumbung sebuah bangunan kedai di Sitiawan.

Ketika kejadian, suspek berjaya melarikan diri manakala tujuh lelaki juga warga Bangladesh telah ditahan untuk membantu siasatan.

Semua tangkapan direman sehingga esok. Punca dan motif kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan.