Chelsea capai persetujuan dengan konsortium

Chelsea bakal dapat pemilik baharu, penghujung Mei - foto givemesports
Chelsea bakal dapat pemilik baharu, penghujung Mei - foto givemesports
A
A
A

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan sebuah konsortium yang sebahagiannya diterajui oleh pemilik Los Angeles Dodgers, Todd Boehly dan disokong oleh Clearlake Capital berhubung pemilikan kelab Liga Perdana Inggersi (EPL) berkenaan.

Menurut satu kenyataan media kelab berkenaan, segala urusan pemilikan berkenaan dijangka selesi pada penghujung Mei setelah kesemua urusan kawal selia mencapai persetujuan bersama.

“Segala urusan dijangka dimuktamadkan pada lewat Mei ini setelah semua pihak mencapai persetujaun terhadap urusan kawal selia yang dikemukakan.

“Bagaimanapun, lebih banyak butiran akan dikemukakan pada ketika itu bagi menjelaskan lagi keadaan sebenar,” menurut kenyataan itu lagi.

Untuk rekod, consortium LA Dodgers telah memenangi bidaan berhubung pemilikan The Blues melibatkan perjanjian bernilai RM21.5 billion (4.0 billion pounds).

Oleh itu dijangkakan, kesemua urusan pemilikan berkenaan dijangka dimuktamadkan menjelang 31 Mei nanti.