Pendatang Israel serbu kompleks Masjid Al-Aqsa

Menurut saksi, polis Israel juga menyerang dan cuba menahan jemaah Palestin selain turut melepaskan tembakan peluru getah ke arah jemaah. Foto Reuters
Menurut saksi, polis Israel juga menyerang dan cuba menahan jemaah Palestin selain turut melepaskan tembakan peluru getah ke arah jemaah. Foto Reuters
A
A
A

BAITULMAQDIS- Puluhan pendatang Israel sambil dikawal pasukan polis menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa pada pagi Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Menurut saksi, polis Israel juga menyerang dan cuba menahan jemaah Palestin selain turut melepaskan tembakan peluru getah ke arah jemaah.

Kumpulan pendatang itu menyerbu kompleks Al-Aqsa sempena ulang tahun penubuhan Israel yang disambut pada Khamis. - Bernama