5G: Rundingan syarikat telco, DNB masih berjalan

1266012
1266012
A
A
A

KUALA LUMPUR: -Rundingan perjanjian perkhidmatan antara syarikat telekomunikasi dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan rangkaian 5G negara masih dijalankan dengan tarikh tutup tawaran adalah pada 30 Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, sehingga kini semua syarikat masih dalam proses merundingkan harga atau nilai ekuiti yang ditawarkan.

"Mereka (syarikat) diberi tempoh hingga akhir Jun 2022 untuk memuktamadkan penyertaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru Annuar berkata, laporan portal dalam talian bertajuk "Annuar Musa: Only TM and YTL have agreed to own an equity stake in Digital Nasional Berhad (DNB)” bertarikh 2 Mei lepas yang memetik kata-kata beliau adalah tidak tepat.

Hari ini Bernama melaporkan hanya dua syarikat telekomunikasi (telco) iaitu Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YTL) yang memeterai perjanjian perkhidmatan dengan DNB bagi pelaksanaan rangkaian 5G negara, setakat ini. - Bernama