Aliran trafik dari MRR2 ke Plaza Tol Gombak meningkat

Tangkap layar Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia
Tangkap layar Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Aliran trafik dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Plaza Tol Gombak mula meningkat setakat jam 9.39 malam pada Ahad susulan orang ramai pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut tinjauan di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS Trafik, kesesakan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) daripada Genting Sempah ke Bukit Tinggi dan Bukit Tinggi ke Bentong.

Selain daripada itu, aliran trafik di laluan KLK juga perlahan dari Lentang ke Bentong.

Sementara itu, aliran trafik menuju ke utara di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) setakat jam 9.06 malam dilaporkan bergerak perlahan di laluan Sungkai ke Tapah ke Gopeng.

Dalam pada itu, perkembangan PLUS pada 7.59 malam turut menunjukkan aliran trafik perlahan di laluan Slim River ke Bidor, Tapah ke Gopeng (kawasan mendaki) dan Bandar Baharu ke Jawi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. - Bernama