Kanak-kanak OKU rentung rumah terbakar

No Image Caption
A
A
A

SARATOK - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 12 tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanjung Hulu, Jalan Abang Hj Puteh Alias, Saratok malam Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, mayat Aleesya Mad Ali ditemukan dalam salah sebuah bilik di rumah terbabit.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran tersebut pada jam 8.18 malam tadi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal dan telah terbakar 100 peratus. Dimaklumkan terdapat seorang mangsa kanak-kanak perempuan OKU berusia 12 tahun, ditemui (rentung) di dalam bilik tidur.

"Operasi terkawal pada jam 8.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: