Polis siasat video tular Vellfire guna lampu mata arah

Tular video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan menggunakan lampu mata arah dipercayai berlaku di Jalan Damansara.
Tular video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan menggunakan lampu mata arah dipercayai berlaku di Jalan Damansara.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire yang menggunakan lampu mata arah dipercayai di Jalan Damansara di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video kejadian dikesan tular kira-kira jam 9 malam pada Jumaat.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang pada 26 April.

"Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan atau kecederaan kepada pengguna jalan raya lain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, siasatan berkaitan kejadian dijalankan di bawah Kaedah 94 Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 dan Peraturan 24(ii) 170/59.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Orang ramai juga diingatkan agar tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi video dan gambar yang boleh menimbulkan keresahan dan kegusaran awam," katanya.

Artikel Berkaitan: