Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

Kenderaan menghala ke arah pantai timur dilihat mulai banyak berhampiran Plaza Tol Gombak kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat. - Foto Bernama
Kenderaan menghala ke arah pantai timur dilihat mulai banyak berhampiran Plaza Tol Gombak kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara lancar setakat jam 12.30 tengah hari pada Jumaat.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagaimanapun berkata, berlaku sedikit kesesakan di beberapa lokasi susulan kemalangan.

"Trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Pulau Pinang dari Juru menuju ke Perai dan trafik juga perlahan di Johor dari Bukit Gambir menuju ke Pagoh arah selatan akibat kemalangan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Selain itu, situasi di plaza tol di lebuh raya utama menuju keluar dari ibu kota juga lancar.

"Setakat ini tiada kesesakan luar biasa di Plaza Tol Jalan Duta, Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak," katanya.

Bagaimanapun keadaan dijangka berubah petang nanti berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. - Bernama