MOTAC tawar geran kepada pengusaha hotel bajet

MOTAC menawarkan permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet kepada pengusaha hotel bertaraf satu dan dua bintang di bawah kementerian itu. - Foto 123RF
MOTAC menawarkan permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet kepada pengusaha hotel bertaraf satu dan dua bintang di bawah kementerian itu. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tempoh permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dilanjutkan sehingga 15 Jun ini.

MOTAC dalam kenyataan memaklumkan, geran tersebut terbuka kepada semua pengusaha hotel bajet yang telah diberi penggredan 1, 2 dan 3 Orkid di bawah kementerian itu.

“Kementerian menyeru semua pengusaha hotel yang layak untuk segera mengemukakan permohonan geran yang ditawarkan ini.

“Pemberian geran ini diharap dapat membantu pengusaha hotel untuk terus kekal berdaya saing bagi mempromosikan premis-premis mereka untuk menarik lebih ramai pelancong datang menginap,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Terdahulu MOTAC telah menetapkan tarikh permohonan geran berkenaan bermula 1 hingga 30 April ini.

Maklumat lanjut seperti garis panduan permohonan, borang permohonan dan lain-lain maklumat boleh didapati di laman sesawang www.motac.gov.my/geranpadanan.