Lebih 2 juta umat Islam beriktikaf di Masjidil Haram

Lebih dua juta umat Islam menunaikan solat sunat qiyamullail di Masjidil Haram, Makkah pada malam Rabu lalu yang merupakan hari ke-27 Ramadan pada tahun ini.
Lebih dua juta umat Islam menunaikan solat sunat qiyamullail di Masjidil Haram, Makkah pada malam Rabu lalu yang merupakan hari ke-27 Ramadan pada tahun ini.
A
A
A

MAKKAH - Lebih dua juta umat Islam menunaikan solat sunat qiyamullail di Masjidil Haram, Makkah pada malam Rabu lalu yang merupakan hari ke-27 Ramadan pada tahun ini.

Bilangan umat Islam itu disahkan menerusi ciapan The Holy Mosque atau Masjid Suci di Twitter.

"Lebih dua juta jemaah dan pelawat menghadiri solat qiyamullail di Masjid al Haram, Makkah pada malam ke-27 Ramadan 1443," menurut ciapan di Twitter itu.

Kehadiran ramai umat Islam itu tidak pernah dilihat sejak tahun 2019 hingga tahun lalu.

Ini adalah kerana sekatan perjalanan dan penerbangan global akibat merebaknya pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, disebabkan oleh vaksinasi Covid-19 dan peraturan ketat tentang suntikan koronavirus, pihak berkuasa Arab Saudi membenarkan kehadiran ramai umat Islam untuk memasuki Masjidil Haram dan mengerjakan umrah pada bulan Ramadan. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!