ACL 2022: JDT kembali terajui kumpulan

Bergson da Silva. - Foto Johor Southern Tigers
Bergson da Silva. - Foto Johor Southern Tigers
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) kembali merampas pendahulu Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 selepas menewaskan Guangzhou FC, 2-0 pada Rabu.

Kejayaan Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora merampas semula status pendahulu turut dibantu kekalahan mengejut Kawasaki Frontale kepada Ulsan Hyundai sebelum itu.

Status Kumpulan I menyaksikan JDT mengungguli kumpulan dengan 10 mata diekori rapat Ulsan Hyundai (10), Kawasaki Frontale (8) dan Guangzhou (0).

Pada perlawanan tersebut anak buah Mora yang diaibkan 0-5 Kawasaki Frontale, bermula garang dengan mendahului lawan menerusi sepakan penalti Bergson Da Silva pada minit ke-16.

Bergson Da Silva terus menjadi duri dalam daging skuad asuhan Pan Yong He apabila sekali lagi meledak jaringan hasil sepakan penalti pada minit ke-96 selepas Ramadhan Saifullah dikasari pemain lawan.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama Ulsan Hyundai meneruskan Kawasaki Frontale 3-2 dalam perlawanan di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.

Gol Ulsan Hyundai dijaringkan Léo Souza (14'), Um Won-sang (20'), Valeri Qazaishvili (47') manakala gol Kawasaki Frontale dihasilkan Leandro Damião (40', 92').