SPRM tahan pembantu tadbir terima rasuah

Foto hiasan. - Gambar kecil: Azmi
Foto hiasan. - Gambar kecil: Azmi
A
A
A

KLUANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang menahan seorang pembantu tadbir bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM50,000 pada 2020 dan 2021.

Menurut sumber, suspek wanita yang berusia 30 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Kluang di sini pada jam 9 pagi Selasa selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2020 dan 2021, suspek menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat sebagai balasan memberikan pembekalan dan kerja-kerja penyelenggaraan di jabatan tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.