Gempa bumi lemah di Kundasang, Sabah

Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kundasang, Sabah pada 9.28 pagi Selasa.
Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kundasang, Sabah pada 9.28 pagi Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kundasang, Sabah pada 9.28 pagi Selasa.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada jarak 14 kilometer (km) barat laut Ranau, Sabah.

Menurut kenyataan itu, gempa yang berlaku pada kedalaman 10km itu telah menyebabkan gegaran dirasai di Ranau. - Bernama