MCMC panggil individu terlibat klip video raya Aliff Syukri esok

MCMC akan memanggil individu terlibat dalam klip video muzik Aliff Syukri yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.
MCMC akan memanggil individu terlibat dalam klip video muzik Aliff Syukri yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memanggil individu terlibat dalam klip video muzik sempena Aidilfitri dikaitkan dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya pagi esok.

"SKMM telah teliti di peringkat awalan, dan ada sebab untuk siasatan dilaksanakan, dan dengan itu satu kertas siasatan dibuka untuk siasat perkara ini di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Iftar Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) bersama MenKOMM (Menteri Komunikasi dan Multimedia) di sini pada Isnin.