Lapan lagi tahanan etnik Rohingya berjaya ditahan semula

Gambar hiasan - Laporan Sinar Harian hari ini
Gambar hiasan - Laporan Sinar Harian hari ini
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai lapan lagi tahanan pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu pada Rabu lepas berjaya ditahan semula pada Isnin.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, setakat jam 3 petang, 61 lagi tahanan masih diburu polis.

Menurutnya, jumlah tahanan yang masih belum dijumpai itu makin berkurang berbanding 69 orang pada jam 6 pagi Isnin.

"Jumlah tahanan belum ditemui melibatkan 51 lelaki, enam perempuan, seorang kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

"Bagaimanapun, seramai 467 tahanan daripada keseluruhan 528 tahanan yang meloloskan diri dari depot tahanan itu telah ditemui," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Tambah beliau, seramai lapan tahanan iaitu lapan lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang ditempatkan di depot berkenaan ketika ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis giat memburu baki 69 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu pada Rabu.

Pada Rabu lepas, seramai kira-kira 700 tahanan dari Depot Imigresen Sementara Relau melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi.

Daripada jumlah itu, enam tahanan yang cuba melintas di Kilometer 165 Lebuhraya Utara- Selatan maut dilanggar kenderaan dalam kejadian lebih kurang 6.50 pagi.

Mangsa maut terdiri daripada masing-masing dua lelaki dan wanita dewasa, manakala masing-masing seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki