Sebarkan kemeriahan Ramadan

Acryl (tiga dari kanan) dan Idham (kanan) mengedarkan pek makanan kepada orang ramai di Jalan Esfahan, Kuala Lumpur.
Acryl (tiga dari kanan) dan Idham (kanan) mengedarkan pek makanan kepada orang ramai di Jalan Esfahan, Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM - Celcom Axiata Berhad (Celcom) dan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bersama-sama menyebarkan kemeriahan Ramadan kepada anggota-anggota polis, baru-baru ini.

Celcom dalam satu kenyataan berkata, inisiatif tersebut merupakan usaha Celcom untuk menunjukkan penghargaannya kepada anggota polis trafik yang telah bekerja keras dan berdedikasi tanpa mengenal erti penat lelah dalam memantau kawalan aliran trafik ketika waktu puncak trafik terutama sekali pada bulan Ramadan.

“Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Idham Nawawi dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah menyempurnakan program dengan mengedarkan pek makanan berbuka puasa kepada anggota polis trafik yang bertugas serta orang ramai yang sedang berjalan di sepanjang Jalan Esfahan, Kuala Lumpur,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, selepas program tinjauan mesra tersebut, acara diteruskan dengan majlis berbuka puasa di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee.

Pasukan pengurusan Celcom dan pegawai kanan PDRM turut menyampaikan cenderahati raya kepada balu, anak yatim dan anak kategori berkeperluan khas polis kontinjen dari Jabatan Siasatan Trafik dan Penguatkuasaan, Bukit Aman dan Kuala Lumpur.