Padah berebut pelanggan, tujuh lelaki ditahan

Kejadian pergaduan di sebuah pasar raya di Kota Bharu itu dipercayai berpunca daripada pertelingkahan dua pekerja premis perniagaan telefon yang berebut pelanggan.
Kejadian pergaduan di sebuah pasar raya di Kota Bharu itu dipercayai berpunca daripada pertelingkahan dua pekerja premis perniagaan telefon yang berebut pelanggan.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis menahan tujuh lelaki selepas terlibat dalam pergaduhan dipercayai akibat berebut pelanggan di sebuah pasar raya pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil siasatan awal, kejadian pada jam 9.30 malam itu dipercayai berpunca daripada pertelingkahan dua pekerja premis perniagaan telefon yang berebut pelanggan.

"Susulan itu, kedua-dua pekerja berkenaan telah membawa rakan-rakannya sehingga mencetuskan pergaduhan di dalam dan luar kawasan pasar raya terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, pergaduhan itu mengakibatkan enam suspek berusia 24 hingga 30 tahun mengalami kecederaan ringan dan hasil semakan mendapati kesemua suspek yang ditangkap itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Polis sedang mengesan suspek-suspek lain bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Polis sedang mengesan suspek-suspek lain bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, kesemua suspek akan direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Pada masa sama, kita juga sedang mengesan suspek-suspek lain bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

"Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu boleh menghubungi pihak polis di talian 012-3447505 atau 09-7752200," katanya.