Penyanyi lelaki pukul bekas isteri ditahan

Mohamad Fakhrudin
Mohamad Fakhrudin
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penyanyi lelaki ditahan kerana disyaki memukul bekas isterinya kerana enggan bergambar dengannya di kawasan parkir di sebuah kediaman di Kota Damansara pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, suspek berusia 45 tahun itu ditahan di kediaman tersebut pada Rabu.

"Siasatan awal mendapati kejadian pada jam 2.29 petang, wanita berusia 27 tahun itu datang ke kediaman tersebut untuk mengambil anak lelakinya.

"Perselisihan faham berlaku apabila mangsa enggan bergambar bersama suspek," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Fakhrudin berkata, suspek telah memarahi dan memukul badan mangsa sehingga menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badannya.

"Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek adalah negatif," katanya.

Beliau berkata, suspek akan dihadapkan ke hadapan Majistret pada Khamis untuk permohonan tahanan reman bagi siasatan selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan / Sek 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017," katanya.